Polis pantau 10,218 buah sekolah
Iklan
Program PPS di 10,218 sekolah bertujuan mendidik pelajar supaya tidak terlibat dalam perlakuan yang melanggar undang-undang seperti buli sama ada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah. Gambar kecil: Aidi
Peranan PPS cegah kes jenayah, buli di institusi pendidikan KPM
KUALA LUMPUR - Kehadiran Pegawai Perhubungan Se- kolah (PPS) daripada kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di 10,218 buah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berperanan untuk mencegah kes jenayah termasuk buli yang melibatkan pelajar.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian buli di sekolah sering berlaku dan masih menjadi keutamaan pihaknya untuk melakukan usaha pencegahan.