Tarikan kereta 'karan'
Iklan
Penganalisis pasaran automatif menjangkakan menjelang 2035, lebih 45 peratus daripada kereta yang berada di atas jalan raya adalah kereta elektrik. - Foto www.mekanika.com.my
BERITA mengenai usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempelawa pelabur-pelabur Amerika Syarikat (AS) termasuk pengeluar kereta elektrik terkemuka, Tesla untuk melabur di Malaysia yang tersiar baru-baru ini ternyata mengujakan banyak pihak.
Berada dalam senarai ialah seorang kenalan saya, yang dikenali dalam kalangan rakan kami sebagai peminat tegar kereta elektrik sehingga pada hujung namanya diletakkan huruf KK yang bermaksud ‘kereta karan’.