Kerajaan perlu ambil langkah drastik, atasi kenaikan kadar inflasi negara
Iklan
Profesor Dr Jamal Othman. FOTO - SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.
SHAH ALAM - Ahli ekonomi mencadangkan supaya kerajaan mengambil langkah yang lebih drastik bagi mengatasi kadar inflasi di negara daripada terus tinggi.
Profesor Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Jamal Othman berkata, kadar inflasi mungkin akan meningkat berbanding sebelum iaitu 3.2 peratus, tetapi tidak lah sehingga mencapai tahap hiperinflasi ataupun inflasi di luar kawalan.