Antara iklim dan sekuriti makanan
Iklan
Sejak tahun 2000, perubahan cuaca semakin ketara dan berlaku dengan lebih ekstrem, sekali gus menjejaskan hasil dan kualiti padi yang dikeluarkan. - Foto 123rf
PERUBAHAN iklim ini berlaku susulan fenomena pemanasan global yang diakibatkan oleh pelepasan gas rumah hijau (GHG) daripada aktiviti manusia yang kini berada pada tahap membimbangkan, dan jika tiada tindakan drastik diambil bagi mengurangkan pelepasan GHG, dunia dijangka berdepan bencana alam lebih dahsyat.
Hakikatnya, perubahan iklim bukan sahaja memberi kesan fizikal kepada alam tetapi juga terhadap sektor pertanian khususnya tanaman makanan.