Negara kacau bilau apabila tiada makanan dalam tempoh tiga hari saja
Iklan
Gambar hiasan (Gambar kecil: Dr Mad Nasir)
SHAH ALAM - Struktur pertanian, penggunaan teknologi dan ciri keusahawanan menjadi punca Malaysia tidak mempunyai keupayaan tinggi dalam menghasilkan agromakanan untuk keperluan rakyat sendiri.
Ahli Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN), Profesor Datuk Dr Mad Nasir Shamsudin berkata, ia menyebabkan negara telah merekodkan lebih daripada RM50 bilion import bahan makanan.