Bekalan durian merudum sehingga 60 peratus
Iklan
Akibat masalah bekalan, pekebun tidak dapat memenuhi permintaan untuk dieksport ke luar negara. (Gambar kecil dari kiri: Wilson Chang, Abd Manan Ishak)
SHAH ALAM - Faktor cuaca dan serangan serangga perosak menyebabkan stok durian berkurang sehingga 60 peratus dan menyebabkan raja buah itu akan mengalami kenaikan harga sebanyak 10 peratus pada tahun ini.
Presiden Save Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang berkata, disebabkan masalah bekalan juga, kebanyakan pengusaha kebun durian tidak berani untuk mengambil tempahan buah itu untuk dieksport ke luar negara.