[EKSKLUSIF] Terpulang kepada UMNO untuk buang saya: Ku Li
Iklan
Pertemuan kontroversi Ku Li dengan sebilangan pemimpin pembangkang negeri Kelantan hanya dianggap satu pertemuan kasual dan bukan bertujuan membentuk kerjasama politik rasmi bagi menjatuhkan Pas di Kelantan.
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyerahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk mengambil keputusan sama ada membuangnya daripada parti, sekiranya tindakan kontroversinya bertemu dengan pemimpin pembangkang baru-baru ini dianggap melanggar amalan demokrasi.
Menegaskan pertemuan dengan pemimpin parti-parti pembangkang negeri Kelantan dalam majlis berbuka puasa di rumahnya di Kota Bharu pada bulan lalu adalah satu perjumpaan ‘kasual’, Tengku Razaleigh turut menolak dakwaan beliau sedang merancang menghimpunkan sokongan bagi menyingkirkan Pas daripada pentadbiran Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).