Suara ahli perwakilan UMNO lebih tinggi berbanding MKT
Iklan
Ismail (dari kiri), Jahaberdeen dan Mohammad Tawfik ketika Wacana Sinar Edisi ke 345 yang bertajuk EGM : Risiko Untuk UMNO? Sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas.
SHAH ALAM - Ahli perwakilan UMNO mempunyai suara yang lebih tinggi berbanding Majlis Kerja Tertinggi (MKT) kerana parti hidup atas dasar mereka.
Penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, jika sesuatu dasar itu tidak mendasari kehendak ahli-ahli parti maka sukar untuk membawa arah tuju baharu pada parti politik berkenaan.