Macau Scam menyamar pegawai KKM
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123rf (Gambar kecil: Mahidisham)
Kononnya mangsa telah membuat pembelian ubatan dan menyalahi undang-undang
SHAH ALAM - Memperkenalkan diri sebagai pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan memberitahu mangsa telah membuat pembelian ubatan dan menyalahi prosedur kementerian.
Itu antara modus operandi baharu sindiket penipuan Macau Scam yang dikesan pada tahun ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mahidisham Ishak.