Kemelut rumah mampu milik
Iklan
Rehda juga ramal rumah akan semakin mahal susulan harga bahan binaan naik
SHAH ALAM - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) menjangkakan peningkatan harga bahan binaan bakal menjejaskan jualan rumah di dalam negara dan seterusnya memperlahankan penyediaan rumah mampu milik di bawah model subsidi silang.
Pemangku Presiden Rehda, Datuk NK Tong berkata, kenaikan kadar inflasi di seluruh dunia sejak dua tahun lalu telah secara langsung meningkatkan kos operasi dan pembinaan ditanggung pemaju.