Seram lalu Terowong Menora
Iklan
Tangkap layar video yang dikongsi pengguna lebuh raya berhubung nahas mengorbankan lima individu dekat Terowong Menora pada Rabu malam.
SAYA cukup terkesan apabila membaca laporan berita mengenai tragedi yang menyebabkan lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah, Perak rentung apabila kenderaan mereka dilanggar treler berhampiran Terowong Menora pada Rabu malam.
Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, kemalangan itu melibatkan kereta jenis Honda City dinaiki lima mangsa dengan dua treler membawa muatan mozek dan besi pagar.