‘Ke mana kami mahu pergi?’
Iklan
Kawasan perkampungan Jinba didiami komuniti Palestin di kawasan Masafer Yatta yang berisiko berdepan langkah pengusiran pada bila-bila masa.
RAMALLAH - Risiko kehilangan tanah di Tebing Barat telah menghantui Ali Mohammed Jabbareen selama lebih dua dekad.
Tetapi, kini ketakutan itu menjadi kenyataan selepas keputusan sebuah mahkamah Israel akhirnya bakal memaksa Ali, 60, keluar dari perkampungan Jinba yang merupakan sebahagian daripada kawasan Masafer Yatta yang menjadi kawasan pertikaian dengan rejim Tel Aviv.