Isu khemah besar warnai pemilihan PKR
Iklan
Program Berani Semuka sempena Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022 bertajuk 'Siapa Layak Bersama Anwar?' menampilkan dua calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI SHUKOR.
SETELAH siri pertama debat politik sempena pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) penggal 2022-2025 melibatkan dua calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) parti itu iaitu Adam Adli Abdul Halim dan Fahmi Zainol, idea pembentukan ‘khemah besar pembangkang’ menjadi topik paling ‘panas’ pada malam Selasa.
Kehangatan perdebatan isu berkenaan terus menjadi kesinambungan pertembungan hujah di antara dua calon Timbalan Presiden PKR iaitu Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pada petang Rabu.