Wajibkan kursus bahasa, penulisan Melayu di IPT
Iklan
Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan sewaktu menjadi tetamu dalam Program Bersama Johan Jaaffar yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
SHAH ALAM - Kursus khas bagi bahasa dan penulisan Melayu mesti diwajibkan bagi setiap institut pengajian tinggi (IPT) di negara ini.
Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata, pembudayaan mesti dikuatkuasakan atau dipupuk sejak awal iaitu di peringkat sekolah dan pendidikan universiti lagi.