Kerjasama UMNO-Pas pada PRU15 mungkin tidak diteruskan
Iklan
Noor Azleen pada program Wacana Sinar Edisi 343 yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa
SHAH ALAM - Exco Pemuda UMNO, Noor Azleen Ambros memberi gambaran jelas bahawa kerjasama antara parti itu dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang mungkin tidak diteruskan.
Noor Azleen berkata, perkara itu berdasarkan penilaian pada beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti di Johor dan Melaka yang berlaku selepas PRU14.