Konflik Rusia-Ukraine: EU bersedia beri laluan diplomasi
Iklan
Michalis Rokas - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR.
SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Kesatuan Eropah (EU) bersedia untuk menjadi platform demokrasi dalam konflik berterusan yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine.
Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Michalis Rokas berkata, sekuriti seluruh dunia percaya penyelesaian hanya dapat dicapai apabila peperangan itu dihentikan dan Rusia mengundurkan tenteranya dari Ukraine.