‘Tiga negeri perlukan Muafakat Nasional’
Iklan
Penganalisis politik berpendapat Selangor, Pulau Pinang dan Perak merupakan tiga negeri yang disenaraikan memerlukan kerjasama antara UMNO dan Pas menerusi MN pada PRU15.
SHAH ALAM - Selangor, Pulau Pinang dan Perak merupakan tiga negeri yang disenaraikan memerlukan kerjasama antara UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis menjelaskan, Pakatan Harapan (PH) mempunyai pengaruh yang kuat di Selangor dan Pulau Pinang manakala di Perak pula sentiasa berubah-ubah.