Tiada pilih kasih dalam penerimaan pelarian di negara EU
Iklan
Michalis ketika menjadi panelis pada program dialog bertajuk 'Global Challenges in a Multipolar World' yang diadakan di Kompleks Karangkraf pada Isnin.
SHAH ALAM - Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Michalis Rokas menafikan terdapat dakwaan berlakunya pilih kasih dalam penerimaan pelarian di negara di bawah pertubuhan tersebut.
Ia susulan daripada laporan media yang mendakwa berlakunya pemindahan pelarian warga Afghanistan di Jerman bagi memberi ruang pengambilan pelarian daripada Ukraine.