Pelantikan ADUN Tronoh sebagai Pengerusi FPDSB cetus polemik
Iklan
Pelantikan Paul Yong mencetuskan kontroversi kerana pada 7 Disember lalu Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan beliau membela diri atas tuduhan merogol pembantu rumahnya pada tahun 2019.
SHAH ALAM - Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong sebagai Pengerusi Forest Plantation Development Sdn Bhd (FPDSB) mencetuskan pelbagai polimik dan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet.
Manakan tidak, berdasarkan maklumat yang tertera dalam laman sesawang syarikat tujuan khas (SPV) milik kerajaan yang ditubuhkan dengan matlamat untuk melaksanakan Program Pembangunan Ladang Hutan dari 2006 hingga 2020.