‘Macam-macam boleh terjadi’
Iklan
Beberapa ahli MKT UMNO berpendapat isu MN mesti dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat MKT sebelum keputusan muktamad diambil. Gambar kecil: Jalaluddin, Khaidhirah
Beberapa ahli MKT berpendirian terbuka kerjasama UMNO-Pas
SHAH ALAM - Beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO masih berpendirian terbuka berhubung kerjasama parti itu dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) meskipun Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu meminta parti itu melupakan MN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahli MKT UMNO yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pelbagai kemungkinan boleh berlaku menjelang PRU15.