Henti iktiraf kad UNHCR
Iklan
Pelarian Rohingya yang datang ke Malaysia dari Bangladesh tidak dikira sebagai pencari suaka tetapi migran ekonomi.
Kerajaan digesa tidak perlu beri muka kepada pendatang asing termasuk pelarian Rohingya
SHAH ALAM - Kerajaan harus tegas dalam menyelesaikan isu pemberian Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kepada pelarian etnik Rohingya dengan menarik balik pengiktirafan semua kad yang telah dikeluarkan.
Peguam, Norman Fernandez berkata, kerajaan perlu menjadi satu-satunya pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan apa-apa kad pelarian atau dokumen dan bukannya agensi atau persatuan lain.