'Puasa sebulan bukan maksud raya pun sebulan'
Iklan
Shahrizan (kiri bawah) berganding bersama Dr Malar dan Hanif (kanan atas) pada Wacana Sinar Edisi Raya bertajuk ' Raya Sihat Macam Mana?' yang dikendalikan Khairi (kiri atas) sebagai moderator.
SHAH ALAM - Walaupun ibadah puasa dijalani selama sebulan ia tidak bermaksud umat Islam juga boleh merayakan Aidilfitri selama sebulan.
Ahli Majlis Dakwah Negara, Shahrizan Daud At-Turabi berkata, agama Islam mengajar umatnya untuk menyambut Hari Raya Puasa hanya sehari iaitu pada 1 Syawal.