PRU15: Politik semakin terbuka, kerjasama parti tidak mustahil
Iklan
Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof (kanan) ketika Program Sinar Live disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.
SHAH ALAM - Suasana politik tanah air kini sudah terbuka menyebabkan kerjasama antara parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal berlaku dalam masa terdekat bukan sesuatu yang mustahil.
Pensyarah Undang-Undang dan Polisi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, beliau percaya proses rundingan bagi membentuk sebarang kerjasama sememangnya berlaku ketika ini.