Rider Foodpanda selamatkan mangsa lemas?

Iklan
Tular rider Foodpanda selamatkan gadis dalam cubaan bunuh diri.

KLANG - Video memaparkan tindakan berani seorang penghantar makanan Foodpanda yang didakwa menyelamatkan seorang gadis dari cubaan membunuh diri di sungai di Klang mendapat pujian netizen.

Video berdurasi 30 saat itu dimuat naik di Facebook We Are Malaysians sebelum tular di laman sosial baru-baru ini dan kini mendapat lebih 49,000 tontonan.

Iklan
Iklan

Netizen juga menyifatkan lelaki Foodpanda itu cukup berani kerana meredah sungai dalam usaha membantu gadis itu selain mendoakan kesejahteraannya.

Rakaman itu juga memaparkan lelaki berkenaan bertindak pantas mengangkat mangsa dalam keadaan terlangkup di permukaan air sebelum menariknya ke atas batu di tepi sungai.

Iklan

Kata Nor Mohd Hanif,"Untung Foodpanda ada staf berani macam ni... semoga rezeki abang ni dipermudahkan."

"Tabik brader foodpanda rider... God bless you," tulis John Ng.

Iklan

Calvin Ng berkata, Foodpanda wajar memberi bonus kepada pekerjanya kerana dia tiba tepat pada masanya.

Bagaimanapun, rakaman tersebut tidak memaparkan keadaan sebenar kejadian dan perkara yang berlaku kepada mangsa.