PRU15 bila-bila masa dari sekarang bukan lagi kejutan
Iklan
Muhammad Fathi ketika Program Sinar Live disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.
SHAH ALAM - Perlaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada bila-bila masa dari sekarang disifatkan bukan lagi satu kejutan kerana rakyat dijangka sudah bersedia.
Pensyarah Undang-Undang dan Polisi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, soal mahu melaksanakan PRU15 sudah dibahaskan sejak berlakunya pergolakan politik ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah lagi.