Ketuk pintu kedai santan pada malam raya
Iklan
Semua umat Islam menjadi kelam kabut menyiapkan juadah hari raya selepas Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 2 Mei, Isnin.
GEORGETOWN - Kelam kabut, itu yang berlaku pada malam Ahad pada setiap umat Islam di Malaysia apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada Isnin, 2 Mei.
Pekerja swasta, Nur Afarina Othman, 34 berkata, rumah keluarganya seperti dilanggar todak selepas mendengar pengumuman raya pada malam Ahad lalu.