Syawal, RM dan platform pertahanan
Iklan
Orang ramai ketika membuat persiapan di saat-saat akhir menjelang Hari Raya Aidilfitri. - Foto Bernama
KETIBAAN Syawal tentunya disambut meriah oleh rakyat beragama Islam di seluruh negara. Kemeriahan ini dianggap berganda oleh ramai kerana tiada lagi halangan perjalanan atau syarat ketat yang dikenakan untuk perjalanan pulang dan beraya di kampung halaman masing-masing.
Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri ini kita tidak sepatutnya lupa bahawa di banyak negara yang penduduknya beragama Islam, penduduknya tidak dapat meraikan Syawal dengan gembira, aman serta selamat.