Dua halangan terbesar kerjasama khemah besar
Iklan
Khemah besar pembangkang dianggap tidak relevan tanpa kehadiran PN.
SUSULAN kekalahan teruk blok pembangkang dalam empat Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula di Sabah pada tahun 2020 diikuti Melaka, Sarawak dan Johor, suara-suara akar umbi Pakatan Harapan (PH) yang menuntut pendekatan khemah besar pembangkang semakin kuat kedengaran.
Bermula dengan tuntutan akar umbi Parti Amanah Negara (Amanah) yang lantang mengajak parti-parti pembangkang kembali bekerjasama bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), gesaan itu turut disahut sebilangan pemimpin DAP.