Mimpi abang balik raya
Iklan
Nor Aina menunjukkan baju Melayu berwarna biru cerah yang dibelikan mereka untuk Firdaus sempena Aidilfitri ini.
Keluarga tetap sediakan sepasang baju Melayu baharu untuk anaknya yang masih hilang
LARUT - Kerinduan seorang adik terhadap abang kandung yang hilang sejak empat bulan lalu makin dirasai menjelang Syawal ini sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.
Mohammad Ridzuan Zakaria, 27, dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran rumahnya di Kampung Sempeneh Cempaka, Batu Kurau di sini sejak 30 Disember lalu.