Tempahan hotel kucing penuh
Iklan
Shareefa amat mementingkan keselesaan kucing pelanggan membuatkan pihaknya terpaksa menolak lebih 500 permintaan untuk perkhidmatan hotel kucing.
SHAH ALAM - Bilik hotel untuk kucing habis ditempah sejak dua bulan lalu.
Pekerja Catswell Wangsa Maju, Siti Nur Baiti berkata, permintaan terhadap perkhidmatan itu mendapat sambutan luar biasa kerana ramai pemilik haiwan berkenaan merancang pulang ke kampung lebih lama bagi menyambut Aidilfitri.