Sebulan berniaga, untung berganda
Iklan
Seorang penjual mempromosikan pakaian kanak-kanak sempena Aidilfitri tidak lama lagi yang dijual dengan harga lelong iaitu RM10 untuk setiap pasang di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kehadiran ribuan pengunjung di Bazar Aidilfitri Kuala Lumpur 2022 di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) ternyata memberi pulangan lumayan kepada peniaga.
Tinjauan Sinar Ahad mendapati rata-rata peniaga mampu menjana keuntungan antara tiga hingga empat kali ganda melalui jualan pelbagai kelengkapan hari raya.