Jangan ‘koyak’ menyambut raya
Iklan
Walaupun balik beraya, ada kalanya hubungan sesama adik beradik, saudara-mara dan rakan taulan yang keruh selama ini masih tetap tidak dijernihkan. - Foto 123rf
SEWAKTU artikel ini diterbitkan, saya dan ahli keluarga telah pun berada di Kelantan bagi meraikan hari lebaran beberapa hari sahaja lagi. Memandangkan cuti raya pada tahun ini bertembung dengan cuti Hari Buruh, ramai yang peroleh manfaat cuti panjang.
Bagi mereka yang tidak mengambil cuti sekalipun, boleh menikmati cuti secara automatik selama lima hari. Apatah lagi mereka yang telah memohon cuti, sudah tentu dapat menikmati cuti raya dengan lebih lama.