Pengemis malam tagih simpati
Iklan
Pengemis sanggup bersengkang mata sehingga lewat malam menagih simpati orang ramai.
KUALA LUMPUR - Meskipun waktu menunjukkan jam 3 pagi namun sekurang-kurangnya 10 pengemis termasuk remaja dan lewat usia 50-an dilihat masih menjalankan aktiviti meminta sedekah di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman di sini.
Tinjauan mendapati kedai makan menjadi lokasi tumpuan mereka selain di kaki lima jalan raya bagi menagih simpati orang ramai.