Sayangi PKR dulu berbanding individu, kata calon Naib Presiden PKR
Iklan
Siapakah bakal menerajui PKR bagi membantu Anwar yang kekal sebagai Presiden bagi penggal 2022-2025.
Ahli-ahli parti itu dinasihatkan supaya tidak taksub kepada individu tertentu sehingga sanggup membelakangkan parti
SHAH ALAM - Calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), G Manivanan menggesa 1.3 juta ahli parti itu supaya memilih barisan pemimpin yang mampu merencana strategi kemenangan pilihan raya umum, sekali gus mengangkat kembali martabat parti yang agak tercalar ketika ini.
Bekas Ahli Parlimen Kapar itu berkata, ahli-ahli PKR juga tidak boleh sekadar memilih pemimpin berdasarkan ketaksuban terhadap individu tertentu memandangkan mereka perlu mengutamakan pendekatan sayangi parti lebih daripada individu.