Detik-detik Mariupol jatuh ke tangan Rusia
Iklan
Bandar Mariupol kini ditawan oleh tentera Rusia selepas menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu. - Foto AFP
PADA Khamis lalu, Rusia mendakwa berjaya menguasai bandar pelabuhan Mariupol di Ukraine yang strategik selepas lebih tujuh minggu bertempur atas arahan Presidennya, Vladimir Putin yang mengarahkan askar-askarnya menceroboh negara berkenaan.
Pengumuman penawanan pelabuhan itu dibuat oleh Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu kepada Putin dalam satu mesyuarat yang disiarkan menerusi televisyen namun ketika itu, kira-kira 2,000 orang masih bertempur untuk Ukraine dan terus bertahan di sebuah kilang keluli.