Adakan rundingan diplomatik dengan OIC
Iklan
Seramai 528 orang tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang pada jam 4.30 pagi Rabu dengan memecahkan pintu blok dan grill penghadang. (Gambar kecil: Norman)
Negara-negara Islam ini boleh menjadi negara penempatan ketiga
SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia disarankan untuk mengadakan rundingan diplomatik bersama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebagai usaha membawa keluar segera pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh kerajaan.
Peguam, Norman Fernandez berkata, sekiranya setiap 57 negara Islam mengambil 1,000 pelarian Rohingya yang tinggal di Malaysia dan memberi penempatan negara ketiga, maka bilangan mereka di sini akan berkurang.