Terowong Gaza ditakuti Israel
Iklan
Terowong di Gaza digunakan Briged Al-Quds untuk menentang Israel. - Foto AFP
SEKUMPULAN pejuang Palestin sedang bersiap sedia bagi menghadapi ancaman daripada pasukan keselamatan Israel di bawah tanah berpasir di selatan Gaza ketika ketegangan semakin memuncak di Baitulmaqdis.
Bagaimanapun, di sebuah kawasan hutan berhampiran Khan Yunis, selatan Gaza, tujuh lelaki yang memakai topeng berada dalam kepenatan apabila membawa peralatan mesingan dan pelancar bom tangan ke pintu masuk terowong dan tersembunyi di kaki bukit kecil.