Kawalan keselamatan lemah
Iklan
Sebahagian pagar berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan roboh selepas ratusan pelarian Rohingya yang merupakan tahanan di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap yang terletak di Jalan Besar Relau di Bandar Baharu di Kedah melarikan diri. - Foto Bernama
TINDAKAN seramai 528 pelarian etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang ternyata amat mengejutkan kerana secara jelas menunjukkan kelemahan kawalan keselamatan di pusat tahanan terbabit.
Lebih menyedihkan enam tahanan termasuk wanita dan kanak-kanak yang melarikan diri itu maut akibat dilanggar kenderaan semasa melintasi Kilometer 168 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran kawasan Jawi, Pulau Pinang.