Depot tahanan didakwa padat, kotor
Iklan
Kemasukan PATI yang ramai ke Malaysia adalah antara punca depot tahanan imigresen di seluruh negara sesak. (Gambar kecil: Mahi, Adrian Pereira)
Kerajaan diminta benarkan NGO hak asasi lawat pusat tahanan imigresen
SHAH ALAM - Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditempatkan di depot tahanan imigresen di negara ini didakwa tidak mendapat layanan sebaiknya, malah pusat tersebut dikatakan terlalu padat.
Aktivis hak asasi pelarian, Mahi Ramakrishnan mendakwa, pihaknya ada mendapat maklumat mengenai keadaan ‘tidak selesa’ dalam depot tahanan berkenaan.