Gerak Independent tepis dakwaan ganggu kerusi reformis pembangkang, kerajaan
Iklan
Mohamed Tawfik ketika menjadi tetamu program Bersama Johan Jaaffar yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Kumpulan Karangkraf di sini, pada Rabu.
SHAH ALAM - Gerak Independent menepis dakwaan yang mengatakan pihaknya telah menggangu-gugat kerusi yang dimiliki reformis pembangkang mahupun kerajaan susulan kumpulan itu bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Pengasasnya, Mohamed Tawfik Ismail berkata, apabila Parlimen dibubarkan, ia bermakna kerusi di sesuatu kawasan Parlimen itu tidak lagi bertuan.