5.3 juta pencarum KWSP berdepan risiko ditipu scammer
Iklan
Seramai 5.3 juta pencarum yang memohon Pengeluaran Khas KWSP berdepan risiko untuk menjadi mangsa sindiket penipuan. (Gambar hiasan) - Foto Bernama
SHAH ALAM - Seramai 5.3 juta pencarum yang memohon Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bakal menerima RM10,000 bermula 20 April ini berdepan risiko untuk menjadi mangsa sindiket penipuan.
Pakar kriminologi, Nadiah Syariani Md Shariff berkata, ini kerana sindiket berkenaan menggunakan pelbagai taktik untuk memperdayakan mangsa.