‘Jangan tamatkan Ops Benteng’
Iklan
Pihak berkuasa disaran meneruskan Ops Benteng bagi mengekang peningkatan penyeludupan PATI di Malaysia. Gambar kecil dari kiri: Shahul Hamid, Zalmizy
Pakar kriminologi berpendapat Ops Benteng berjaya kawal kemasukan PATI di sempadan negara
SHAH ALAM - Kerajaan disaran supaya tidak menamatkan Operasi Benteng (Ops Benteng) pada Jun depan, memandangkan ia memperoleh banyak kejayaan dalam mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk kegiatan jenayah rentas sempadan.
Pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, meskipun Ops Benteng ditubuhkan semasa pandemik Covid-19, namun ia perlu diteruskan memandangkan sempadan kini telah dibuka semula.