Siasat macam mana mercun boleh sampai banyak di Malaysia
Iklan
Pihak berkuasa digesa melakukan pemantauan lebih kerap terhadap peniaga mercun. (Gambar kecil dari kiri) Ayub Yaakob dan Choong Fook.
SHAH ALAM - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) meningkatkan penguatkuasaan bagi mengekang penyeludupan mercun dan bunga api.
Naib Pengerusi Kanan MCPF, Datuk Seri Ayub Yaakob berkata, aspek penguatkuasaan yang tidak menyeluruh menyebabkan ramai orang menganggap penjualan mercun dan bunga api adalah tidak salah dari segi undang-undang.