PRU15 semakin hampir?
Iklan
PRU15 dikatakan semakin hampir selepas Perdana Menteri di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) menyatakan akan berbincang dengan pemimpin lima jawatan tertinggi parti sebelum membuat keputusan pembubaran. - Gambar hiasan
MALAYSIA tidak pernah sunyi daripada berbicara mengenai politik dan pilihan raya. Sejak merdeka, 14 kali Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan. PRU14 diadakan pada 9 Mei 2018 selepas Parlimen dibubarkan pada 7 April 2018. Tempoh matang untuk mengadakan PRU15 ialah 16 Julai 2023 iaitu tarikh sidang Dewan Rakyat bersidang buat kali pertama.
Adakah PRU15 semakin hampir dan tidak akan diadakan sehingga tamat tempohnya? Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan dan parti pembangkang bersetuju PRU tidak diadakan sebelum Julai 2022.