Shopee hentikan jual basikal lajak serta-merta
Iklan
Sebagai pematuhan kepada peraturan tempatan dan dasar yang ketat, Shopee akan membuang semua penyenaraian basikal lajak di platform beli-belah itu.
SHAH ALAM - Platform beli-belah dalam talian, Shopee akan menghentikan penjualan basikal lajak yang mendatangkan bahaya kepada pengguna terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Jurucakap Shopee berkata, pihaknya tidak membenarkan penjualan produk yang berbahaya kepada kesihatan dan keselamatan para pengguna di platformnya.