PDRM perlu lebih agresif tangkap suspek paling dikehendaki
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian mengenai Jho Low pada tahun 2019. (Gambar kecil: Cyhthia)
SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta segera membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low bagi dibicarakan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengarah Eksekutif Centre To Combat Corruption and Cronyism (C4), Cyhthia Gabriel berkata, selain berusaha keras mengesan keberadaan Jho Low, PDRM juga perlu lebih agresif memburu individu yang paling dikehendaki negara itu bagi dibawa pulang.