MCA sambut baik, Tajuddin kata bukan jaminan
Iklan
UMNO mengumumkan bahawa MKT UMNO bersetuju menamakan Ismail Sabri sebagai calon PM untuk PRU15.
KUALA LUMPUR - MCA menyokong penuh keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini yang sebulat suara bersetuju supaya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, beliau percaya UMNO berbuat demikian selepas membuat analisa dan berpandangan bahawa Ismail Sabri mempunyai kepimpinan yang cemerlang.