Tiada calon ‘wahyu’ Presiden
Iklan
Timbul dakwaan calon wahyu pilihan Anwar selaku Presiden PKR untuk pemilihan jawatan naib presiden pada Mei nanti.
SHAH ALAM -"Setakat ini tiada apa-apa wahyu daripada presiden, malah beliau bersikap berkecuali dari awal lagi dengan tidak memihak kepada sesiapa”.
Itu adalah respons bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, ketika ditanya sama ada beliau tahu atau tidak mengenai kewujudan calon ‘wahyu’ atau pilihan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam pemilihan parti yang bakal berlangsung, Mei ini.