Sedia peruntukan 10 kali ganda, pergiat aktiviti seni, budaya
Iklan
Dinsman (kanan) ketika menjadi tetamu program Bersama Johan Jaaffar yang dikendalikan Johan Jaaffar (kiri) di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.
SHAH ALAM - Kerajaan perlu menyediakan peruntukan sebanyak 10 kali ganda kepada sektor seni dan kebudayaan berikutan peruntukan sedia ada tidak mencukupi untuk mempergiatkan lagi aktiviti tersebut di negara.
Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Datuk Che Shamsuddin Othman atau lebih dikenali dengan nama Dinsman berkata, jika bajet tidak mencukupi, segala aktiviti seni dan budaya tidak dapat direalisasikan dengan baik.