Di mana ada line, di situ boleh bisnes
Iklan
Kita sedang bergerak pantas ke atas kehidupan secara atas talian. Bekerja, belajar, berkawan, berkasih sayang, semuanya lebih selesa dilakukan dengan cara demikian. Begitu jugalah dengan membeli-belah. Gambar hiasan -Foto 123rf
MASIH ingat kenangan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Dari fasa pertama hingga fasa-fasa berikutnya, ramai yang menjadi bodoh dan buntu. Ia pengalaman baharu yang amat menyakitkan, waima bagi kaki ponteng kerja.
Apalah ertinya tidak perlu bekerja kalau siang malam pagi petang hanya berlegar di dalam rumah. Yang rumah kelas kayangan okaylah juga, luas. Tapi bagi kita yang marhaen, pusing sana pusing sini, balik-balik terpaksa menelentang, membilang cicak di siling.